Slot Keusahawanan Digital

18 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Slot Keusahawanan yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di NaDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang usahawan. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah peserta yang telah mengikuti kelas meroti Puan Mayang pada kelas sebelum ini telah diberi taklimat Keusahawanan Digital. Peserta telah diterangkan tentang asas-asas keusahawanan digital dan belajar tentang media sosial platform yang ada di atas talian sekarang. Peserta juga telah memahami penerangan yang disampaikan oleh Staf NADI tentang Keusahawanan Digital.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam meningkatkan ilmu keusahawanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali